Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 95, 96, 97 Bab Bersembahyang Dengan Menghadap Kepada Tiang
بَاب الصَّلاةِ إِلَى الاسْطُوَانَةِ وَقَالَ عُمَرُ الْمُصَلُّونَ أَحَقُّ بِالسَّوَارِي مِنَ الْمُتَحَدِّثِينَ إِلَيْهَا وَرَأَى عُمَرُ رَجُلا يُصَلِّي بَيْنَ أُسْطُوَانَتَيْنِ فَأَدْنَاهُ إِلَى سَارِيَةٍ فَقَالَ صَلِّ إِلَيْهَا
Bab Sembahyang Dengan Menghadap Kepada Tiang. Umar Berkata: Orang Yang Mahu Bersembahyang Itu Lebih Berhak Terhadap Tiang-Tiang Berbanding Dengan Orang Mahu Bercakap-Cakap, Untuk Dijadikan Sutrahnya. Ibnu Umar Pernah Nampak Seseorang Sedang Bersembahyang Di Antara Dua Tiang. Lalu Ibnu Umar Mendekatkan Lelaki Itu Kepada Satu Tiang Sambil Berkata Kepadanya: “Sembahyanglah Dengan Bersutrahkan Tiang.”
Imam Bukhari menggunakan kaedah mimbaabil awla. Kalau pakai lembing yang kecil pun boleh, apatah lagi kalau dengan yang lebih besar seperti tiang.
Ada larangan solat diantara dua tiang. Oleh kerana itu Imam Bukhari membawa tajuk ini sebagai mengatakan boleh kalau solat mengadap tiang. Yang tidak boleh adalah diantara tiang. Itu akan dibincangkan dengan lebih detail lagi kenapa larangan itu. Tapi Imam Bukhari hendak menegaskan disini bahawa larangan itu bukan sebab ada apa-apa dengan tiang itu sendiri tapi sebab lain.
Sheikh Zakaria mengatakan tujuan Imam Bukhari membuat tajuk ini adalah untuk mengatakan keelokan bersutrah walaupun berada dalam masjid. Ini kerana ada yang berpendapat bahawa sutrah itu hanya perlu jikalau bersolat di tempat lapang sahaja untuk memberitahu orang yang lalu lalang bahawa dia sedang solat. Itu adalah pendapat yang salah. Kerana kalau berada di masjid pun, sunnah untuk bersolat di belakang sutrah.
Pendapat seterusnya mengatakan tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah untuk memberitahu kalau ada tiang, elok pakai tiang.
Pendapat seterusnya menambah boleh untuk memilih tiang atau sutrah tertentu kalau ada nilai tertentu contohnya ada nilai sejarah. Contohnya Nabi selalu menggunakan tiang al-mushaf sebagai sutrah kerana disitulah terletaknya mushaf Quran sebagai rujukan kepada manusia. Tidak sama tiang itu dengan tiang yang lain. Salamah al Akwa’ boleh sahaja bersolat dibelakang mana-mana tiang, tapi dia memilih tiang itu kerana disitulah tempat yang Nabi selalu bersolat. Ini bermakna, ada tempat-tempat yang ada kelebihan tertentu dan boleh untuk kita memilihnya. Sama juga, kenapa kita pilih untuk berada di Raudhah di Masjid Nabawi? Kerana ianya telah dikatakan sebagai salah satu dari taman-taman syurga.
Umar Berkata: Orang Yang Mahu Bersembahyang Itu Lebih Berhak Terhadap Tiang-Tiang Berbanding Dengan Orang Mahu Bercakap-Cakap, Untuk Dijadikan Sutrahnya. Ini adalah kerana ada orang yang bersandar di tiang untuk bersembang sahaja. Maka, orang yang solat, lebih berhak kepada tiang itu kerana dia hendak beribadat dan yang bersembang tidak beribadat waktu itu.
Ibnu Umar Mendekatkan Lelaki Itu Kepada Satu Tiang: Ibnu Umar menarik dan menggerakkan seseorang supaya solat mengadap sutrah. Bukan solat diantara dua tiang. Ini menunjukkan kepentingan bersolat di belakang sutrah. Juga menunjukkan kita boleh untuk memperbetulkan orang yang sedang solat. Contoh lain: kalau orang itu tersilap kiblat. Kita boleh gerakkan badan dia. Cuma orang yang sedang solat itu janganlah pula melawan.
Lihatlah bagaimana sahabat kalau memperbetulkan sesiapa, mereka terus buat. Tak tunggu esok.
Tujuan diperbetulkan orang itu adalah kerana orang itu tidak bersutrah. Ini menunjukkan kepentingan solat di belakang sutrah.
Tujuan diperbetulkan orang itu adalah kerana orang itu tidak bersutrah. Ini menunjukkan kepentingan solat di belakang sutrah.
Sambil Berkata Kepadanya: Ibnu Umar bercakap dengan orang itu. Kita boleh bercakap dengan seseorang yang sedang sembahyang. Bukanlah orang yang bersembahyang itu sampai tidak dengar orang lain dah. Yang tak bolehnya, kalau dia menjawap. Kalau dia jawap, maka batallah solatnya. Maka, boleh kita pakai hadis ini kalau kita nak tinggal pesan kepada seseorang yang sedang solat. Katakanlah kita hendak tinggalkan rumah dan kita berpesan kepada seorang yang sedang solat: “nanti tolong kunci pintu yer”. Itu adalah harus.
472 حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ كُنْتُ آتِي مَعَ سَلَمَةَ بْنِ الاكْوَعِ فَيُصَلِّي عِنْدَ الاسْطُوَانَةِ الَّتِي عِنْدَ الْمُصْحَفِ فَقُلْتُ يَا أَبَا مُسْلِمٍ أَرَاكَ تَتَحَرَّى الصَّلاةَ عِنْدَ هَذِهِ الاسْطُوَانَةِ قَالَ فَإِنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى الصَّلاةَ عِنْدَهَا472. Telah menceritakan kepada kami Al Makki bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Abu ‘Ubaid berkata, “Aku dan Salamah bin Al Akwa’ selalu pergi ke Masjid Nabi, dia selalu salat dekat tiang yang dekat dengan tempat al-muhshaf (al-Quran). Lalu aku tanyakan, ‘Wahai Abu Muslim, kenapa aku lihat kamu memilih tempat salat dekat tiang ini? ‘ Dia menjawab, ‘Kerana aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memilih untuk salat dekatnya’.”
Hadis ini adalah hadis yang kontroversi sebab ada kisah yang orang tak biasa dengar. Iaitu tentang pengumpulan Mushaf Quran.
Ini salah satu lagi hadis tsulatsiat Imam Bukhari: hanya ada tiga perawi antara Imam Bukhari dan Nabi. Imam Bukhari berbangga dengan hadis sebegini. Lebih tepat lagi kalau dibandingkan dengan hadis-hadis yang lain. Imam Bukhari ada sekitar 20 sahaja hadis sebegini. Perawi-perawi pun yang kuat dan molek belaka. Kita pun sudah tahu bagaimana Imam Bukhari amat ketat dalam memilih perawinya.
Ini salah satu lagi hadis tsulatsiat Imam Bukhari: hanya ada tiga perawi antara Imam Bukhari dan Nabi. Imam Bukhari berbangga dengan hadis sebegini. Lebih tepat lagi kalau dibandingkan dengan hadis-hadis yang lain. Imam Bukhari ada sekitar 20 sahaja hadis sebegini. Perawi-perawi pun yang kuat dan molek belaka. Kita pun sudah tahu bagaimana Imam Bukhari amat ketat dalam memilih perawinya.
Kenapakah ada kelebihan solat di situ? Kenapa Nabi pilih untuk solat berdekatan dengan tiang itu? Adakah kerana mushaf ada disitu? Mushaf apakah yang ada disitu?
Tiang itu berada di tengah raudhah. Ianya juga dipangging ‘Tiang Muhajirin’ kerana puak Muhajirin selalu duduk di situ. Ianya lebih dikenali sebagai Tiang Mushaf. Ada yang kata ianya ada juga peti di situ. Oleh itu, samada mushaf itu diletakkan diatas atau di dalam peti itu. Dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu Ibn Zubair kedudukan tiang itu secara rahsia.
Tiang itu berada di tengah raudhah. Ianya juga dipangging ‘Tiang Muhajirin’ kerana puak Muhajirin selalu duduk di situ. Ianya lebih dikenali sebagai Tiang Mushaf. Ada yang kata ianya ada juga peti di situ. Oleh itu, samada mushaf itu diletakkan diatas atau di dalam peti itu. Dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu Ibn Zubair kedudukan tiang itu secara rahsia.
Dalam hadis ini, Salamah solat berdekatan tiang itu adalah pada zaman kekhalifahan Saidina Uthman. Dari bahasanya bermaksud sudah lama tiang itu dinamakan sebagai Tiang Mushaf. Semenjak zaman Nabi lagi. Bukanlah pada zaman Saidina Uthman baru ia dikenali sebagai Tiang Mushaf.
Kita sudah biasa dengar bahawa Quran itu dikumpul pada zaman Saidina Uthman. Adakah itu yang sebenarnya? Kerana kalau begitu, banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Antaranya: Kenapa mushaf tidak ada pada Uthman? Sampai dia kena pinjam dengan Habsah? Kenapa hanya Zaid bin Thabit sahaja yang disuruh mengumpulkannya. Kenapa hanya ada satu sahaja mushaf itu? Bukankah Quran telah dikumpulkan pada zaman Abu Bakr menjadi khalifah – kenapa tidak disalin dengan banyak pada waktu itu? Hanya pada zaman Uthman sahaja baru ianya disebarkan? Macam mana sahabat baca Quran selama waktu itu? Itu semua adalah soalan-soalan yang bahaya. Sampai boleh menimbulkan keraguan manusia dengan Quran. Sampai ada masuk Syiah. Ada seorang ulama dari Indonesia yang bernama Hussein Habsyi. Persoalan-persoalan itu telah ditimbulkan oleh Syiah dan dia tidak dapat jawap. Jadi, dia telah percaya kepada dakyah Syiah yang mengatakan bahawa Quran itu telah diubah oleh Saidina Uthman. Dia asalnya adalah seorang ulama Sunni, tapi apabila telah diracun fikirannya oleh Syiah, dia tidak dapat jawap. Dan dia tidak mendapat jawapan untuk menolak hujah-hujah mereka itu kerana memang tidak ada jawapan yang boleh menjawap dalam cerita-cerita yang kita biasa dengar.
Dalam pengumpulan Quran itu, ada timbul kisah bagaimana satu ayat Quran hanya ada pada seorang sahabat yang bernama Nadzar bin Anas. Kenapa hanya ada pada dia sahaja? Bukanlah ini adalah satu perkara pelik? Orang kata yang tidak banyak adalah Quran dalam bentuk tulisan, tapi Quran itu dihafal ramai orang. Tapi, tidakkah ini menggugat status Mutawatir itu?
Bagaimana pula dengan satu lagi ayat yang dikatakan hanya ada pada Abu Khuzaimah sahaja? Bagaimana kita hendak menerima bahawa tulisan al-Quran itu hanya ada pada satu orang sahaja? Takkan layak kita merima Quran yang dalam status Ahad – hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja? Takkan Quran kurang dari hadis? Layakkah kalau begitu, Quran itu dipanggil la raiba fiih – Tidak ada kekhuatiran padanya? Ulama ada membahaskan perkara ini: Mereka mengatakan bahawa Quran itu sepatutnya ada 13 jenis tawatur. Antaranya adalah:
– dari segi Hafalan.
– dari segi Tadabbur
– Istimbat – ambil hukum.
– dari segi Kitabah – penulisan. Ini yang masalah sekarang. Macam pernah ada dalam sejarah, ianya tidak mutawatir. Sebab hanya dikumpul setelah banyak tahun Nabi wafat. Dan hanya ada pada seorang atau dua orang sahabat sahaja? Boleh terimakah?
– dari segi Tilawah. Baca dengan tengok mushaf.
– dari segi Qiraah. Iaitu Tajwid. Bila kita mula baca macam tu? Adakah dari zaman Nabi atau hanya pada zaman sahabat?
– dari segi Hafalan.
– dari segi Tadabbur
– Istimbat – ambil hukum.
– dari segi Kitabah – penulisan. Ini yang masalah sekarang. Macam pernah ada dalam sejarah, ianya tidak mutawatir. Sebab hanya dikumpul setelah banyak tahun Nabi wafat. Dan hanya ada pada seorang atau dua orang sahabat sahaja? Boleh terimakah?
– dari segi Tilawah. Baca dengan tengok mushaf.
– dari segi Qiraah. Iaitu Tajwid. Bila kita mula baca macam tu? Adakah dari zaman Nabi atau hanya pada zaman sahabat?
Kita pun pernah dengar hadis yang Nabi melarang supaya dibawa Quran ke negara orang kafir. Apakah maksud arangan membawa mushaf ke negeri musuh kafir? Itu memang larangan Nabi. Adakah Nabi melarang sahabat membawa Quran yang ditulis pada tulang, tembikar dan lain-lain bahan itu? Kerana kalau kita berpegang dengan pendapat yang biasa, Quran waktu itu ditulis pada tulang, kulit dan sebagainya. Tak munasabah kalau Nabi nak larang kalau begitu. Takkan sahabat nak bawa Quran dalam bentuk sebegitu, tentu susah kalau nak bawa macam itu. Atau adakah larangan Nabi itu apabila sudah ada mushaf macam bentuk sekarang ini? Tapi kalau zaman sekarang, banyak sekali mushaf Quran merata-rata ada, termasuklah di negara-negara orang kafir. Atau adakah dengan hadis itu kita boleh simpulkan bahawa zaman Nabi dah ada mushaf Quran seperti yang ada pada zaman ini? Sebenarnya, larangan Nabi itu adalah larangan membawa mushaf Quran kerana takut jatuh ke tangan orang kafir dan mereka boleh ubah pula. Kerana waktu itu, Quran masih lagi baru. Takut manusia boleh keliru kalau ada perubahan. Tapi pada zaman sekarang, tidak ada peluang lagi untuk orang kafir nak ubah pun. Sebab sudah banyak sangat Quran yang boleh dijadikan rujukan. Sampaikan kalau ada yang ubah sedikitpun, sudah boleh dikenalpasti telah ada perubahan pada Quran itu.
Satu lagi dalam sejarah yang biasa kita dengar, Quran pada zaman Abu Bakar itu tidak ada titik. Yang meletakkan titik itu adalah dikatakan Abu Aswad. Beliau adalah seorang Syiah. Adakah patut kita hendak terima orang Syiah pula yang meletakkan titik pada Quran itu? Takkan tiada titik dulu. Tak munasabah. Dan bagaimana pula dengan sejarah yang mengatakan bahawa dulu tidak ada baris pada Quran tapi hanya ditulis pada zaman Hajjaj? Dan kemudian dalam sejarah juga dikatakan bagaimana Hajjaj itu adalah seorang yang amat kejam. Itu semua adalah tidak tepat. Bahasa Arab sudah maju dah pada zaman itu. Ini kita boleh rujuk pada syair-syair yang telah ada sebelum zaman Nabi lagi. Syair pada zaman jahiliyah dah tunjuk bahawa bahasa sudah ada titik dan sudah ada baris padanya.
Ada juga hujjah yang mengatakan bahawa umat Arab waktu itu tidak tahu menulis dan membaca. Kalau mereka tidak tahu menulis dan membaca, kenapa ada pula syair-syair yang ditulis dan ditampal pada Kaabah, seperti yang kita sendiri tahu?
Jadi kalau kita kata mushaf hanya ada pada zaman Uthman sahaja, maka ia menjejaskan status kemutawatiran Quran. Sebenarnya, pada zaman Nabi lagi sudah ada mushaf Quran yang hampir lengkap yang dinamakan Mushaf Umm. Ianya dinamakan sebegitu kerana ianya adalah mushaf induk yang menjadi rujukan semua orang waktu itu.
Ada hadis riwayat Zaid Tsabit yang mengatakan satu kejadian yang berlaku semasa mereka sedang mengumpul Quran. Waktu itu pada zaman Nabi lagi. Dari hadis itu kita dapat tahu bahawa Quran sudah mula dikumpulkan pada zaman Nabi lagi.
Kita juga tahu tentang Hadis yang Nabi melarang hadis ditulis melainkan Quran. Kalaulah waktu itu sudah ada hadis ditulis, takkan Quran sahabat tak tulis? Takkan sahabat teruk sampai begitu sekali?
Ada yang kata Quran ditulis pada pada tembikar, tulang dan sebagainya kerana tidak ada kertas pada zaman itu. Jadi bagaimana ada Ayat Quran yang menyebut kertas? Ini bermakna, kertas sudah ada pada zaman itu. Kalau tidak, bagaimana sahabat-sahabat atau ahli Kitab membaca kitab-kitab mereka? Dan bagaimana syair-syair pada zaman Jahiliah itu ditampal di Kaabah? Kalaupun ianya adalah mahal dan susah didapati, adakah para sahabat sampai tidak boleh hendak usaha mencari kertas dan menulisnya? Adakah para sahabat Nabi tidak bersungguh dengan Quran sampai hendak cari kertas pun tidak boleh? Ini juga menunjukkan bahawa masa itu dah ramai yang boleh menulis.
Mari kita balik kepada hadis yang sedang dibincangkan. Kenapa Salamah solat berdekatan tiang itu? Tentulah sebab kenangan Nabi juga selalu solat disitu. Bukan sebab ada mushaf Uthman. Kalau cari keberkatan, selalunya yang berkenaan dengan Nabi. Kalau hanya mushaf Uthman sahaja, sahabat tidak berkehendak sangat. Maka yang dimaksudkan dengan mushaf itu adalah mushaf umm semasa zaman Nabi. Jawapan dia pun dah jelas dah. Dia jawab sebab dia nampak Nabi solat di situ.
Yazid bin Abu ‘Ubaid adalah hamba bebasan salamah. Sebab itu dia selalu ikut Salamah.
Yang disebut dalam hadis ini adalah ‘tiang mushaf’, bukan mushaf. Sebab mushaf itu tidak ada dah disitu. Ianya hanya ada pada zaman Nabi, dan tidak berterusan ada disitu.
Quran umm itu diletak di tiang itu untuk ditulis dan disalin oleh sahabat. Dan tiang itu juga dinamakan Tiang Muhajirun kerana disitulah sahabat Muhajirun mengajar sahabat Ansar tentang ayat-ayat yang telah diturunkan di Mekah. Kalau tidak, bagaimana sahabat Ansar hendak tahu tentang ayat-ayat itu? Kerana telah banyak ayat-ayat Quran yang diturunkan di Mekah.
Ada keberkatan pada tempat itu. Kerana di situlah tempat diletakkan Quran mushaf Umm.
Sejarah yang mengatakan titik baru ditulis lama selepas Nabi wafat adalah tidak benar. Sebenarnya titik itu sudah ada 500 sebelum Nabi lagi. Takkan Allah nak turunkan Quran dalam bahasa yang mengelirukan? Kerana kalau titik tidak ada, amat mengelirukan bahasa jadinya. Kerana boleh lari makna kalau silap letak titik.
Kesimpulan yang boleh diambil dari hadis ini:
- Harus dan elok menjadikan tiang sebagai sutrah. Nabi dan sahabat buat macam tu.
- Boleh membaca mushaf semasa solat. Nabi solat di tiang mushaf itu sambil membaca mushaf yang ada di situ. Sebab itu kita boleh lihat bagaimana ada orang yang solat sambil membaca Quran. Kalau di Malaysia, kita hanya boleh lihat semasa solat Terawih sahaja. Tapi di tempat lain, ada yang memegang Quran sambil solat. Kita sahaja tak biasa buat.
- Tidak mengapa kalau memilih sesuatu tempat tertentu untuk beribadat jikalau tempat itu ada kelebihan. Yang larangan memilih satu tempat tetap sebagai tempat ibadat itu adalah kalau tempat itu tidak ada kelebihan. Kalau tidak ada kelebihan pun tidak mengapa. Jikalau ada sebab-sebab lain. Contohnya seseorang itu selalu nak kencing, jadi dia pilih duduk solat dekat dengan pintu.
- Kelebihan mushaf Umm apabila diletakkan di sesuatu tempat, sampai ada kelebihan tempat itu. Quran itu sendiri pun ada kelebihan. Sampaikan kena bezakan dengan benda yang lain. Kita diajar untuk hormat kepada Quran. Kita kadang-kadang letak majalah sama dengan Quran. Itu tidak beradab namanya. Tidak boleh melunjurkan kaki kita hala ke arah Quran. Kena hormat kepada Quran.
- Kesungguhan sahabat mengikut jejak langkah Nabi. Dalam perkara apa pun. Beza dengan generasi lain.
- Sebagaimana para sahabat memerhatikan perbuatan Nabi, para tabein pun memerhatikan perbuatan para sahabat. Sebab itulah tabein itu tanya Salamah kenapa dia solat di situ. Begitulah ilmu agama diturunkan secara turun temurun. Sebab itu ada hadis yang walaupun tarafnya Ahad, tapi diwarisi generasi demi generasi. Ini dinamakan tawatur tawaarud. Macam hadis berkenaan Khitan. Itu sebenarnya hadis ahad sahaja. Begitu juga dengan teks Azan yang kita baca sekarang ini pun.
- Orang Islam ambil berat tentang sejarah Islam dan menjaganya. Sebab inilah ramai marah kepada Imam Abdul Wahab. Kerana dia telah memusnahkan beberapa tempat yang boleh dikatakan bersejarah dalam Islam. Tapi yang dia buat itu ada atas maslahah umum. Bukan dia hapuskan semua pun. Yang penting dijaga. Bukan semua nak kena simpan dan jaga. Dalam Islam, telah ada perkara-perkara penting dalam sejarah. Contohnya, kita ada Kaabah.
——————————————————————–
473 حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ عَامِرٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِيَ عِنْدَ الْمَغْرِبِ وَزَادَ شُعْبَةُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَنَسٍ حَتَّى يَخْرُجَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ473. Telah menceritakan kepada kami Qabishah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Amru bin ‘Amir dari Anas bin Malik berkata, “Sesungguhnya aku telah melihat sahabat-sahabat besar Nabi berebut-rebut untuk pergi kepada tiang-tiang sebelum Maghrib.” Syu’bah menambahkan dalam riwayatnya dari ‘Amru dari Anas, “Sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar (untuk bersembahyang maghrib).”
Ini pun satu lagi hadis tsulatsiat Imam Bukhari.
Mereka berebut untuk solat sunat qabliah Maghrib. Ini sebagai dalil adanya qabliah maghrib. Seperti Imam Syafie yang mengatakan ianya adalah harus. Kepada ulama yang kata tiada solat qabliah Maghrib, mereka mengatakan yang hadis ini telah mansukh. Tak perlu balah tentang perkara ini. Ikutlah nak buat atau tidak. Sebab ulama tak sepakat tentang perkara ini.
Memang ada nasikh mansukh dalam hadis. Sebab berkait dengan hukum. Hukum tidak sama pada mula Islam dan selepasnya. Ada perubahan dalam hukum-hukum dari masa ke samasa. Tapi kalau ayat Quran, lain. Pendapat yang kuat mengatakan tidak ada nasikh mansukh pada ayat Quran. Ulama dulu sampai kata beratus ayat mansukh. Selepas itu ada ulama mengurangkan jumlahnya dengan membahaskan ayat-ayat itu. Apabila mereka bahaskan ayat-ayat itu, mereka menunjukkan bahawa ada gunanya ayat-ayat itu dalam keadaan tertentu. Bermakna ada guna dan pemakaian pada ayat-ayat yang dikatakan mansukh itu. Anwar Shah Khasmiri membahaskan bahawa tidak ada ayat Quran yang mansukh. Ulama dulu takut nak kata tiada ayat mansukh sebab takut dikatakan sebagai muktazilah pula.
Contohnya ayat tentang toleransi agama. Ada yang kata ayat la ikraaha fiddin dah mansukh. Kalau macam itu, ini bermakna Islam memaksa orang masuk Islam. Ini tidak patut.
Satu lagi adalah ayat wasiat. Ada keadaan boleh dipakai.
Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:
- Bukt tiang masjid selalu dijadikan sutrah oleh sahabat.
- Di masjid pun kena ada sutrah. Bukan di tanah lapang sahaja.
- Pengambilan istilah ‘sahabat besar’ dan ‘sahabat kecil’. Inilah asasnya ada dalam hadis ini. Yang dikatakan sebagai sahabat besar itu adalah mereka yang memeluk Islam awal. Lama mereka bersama dengan Nabi. Yang kecil adalah mereka yang berjumpa Nabi semasa mereka usia kecil. Atau mereka baru masuk Islam walaupun sudah tua. Istilah yang digunakan berbeza-beza. Sahabat besar menjadi ikutan kepada sahabat-sahabat yang kecil. Kerana mereka telah lama bersama Nabi. Dan telah lama menderita. Pernah seorang sahabat yang baru masuk Islam mengata tak elok tentang Abdul Rahman Auf. Nabi menegur sahabat itu. Baginda kata tidak sama infak yang diberikan oleh orang yang baru Islam dengan yang telah lama. Ini adalah kerana mereka masuk Islam semasa Islam lemah dan ditindas lebih lagi.
- Qabliah maghrib adalah tsabit dalam Islam. Yang ulama beza pendapat adalah samada mansukh atau tidak. Akan dibincangkan dalam tajuk lain. Solat awal waktu maghrib semua ulama terima. Solat yang lain, banyak khilaf. Solat Isyak ada yang kata elok lewat. Kalau zuhur panas sangat, elok di lewatkan. Hanafi kata solat subuh afdhal lewatkan.
Masjid Nabi ketika itu banyak tiang.
No comments:
Post a Comment